Monday, 17 November 2014

kasihku Adam Haikal..

Muhd Adam Haikal b. Muhammad, seorang insan yang hampir 10 tahun bertakhta dalam hatiku. perkenalan kami bermula sejak aku tingkatan 3 dan dia tingkatan 5. hehe sangat muda masa tu. aku di pahang dan adam di kelantan. walaupun percintaan kami ini kategori cinta jarak jauh tapi terasa kami sentiasa dekat je. perkenalan kami bermula semasa kami 'join' satu media sosial ni then dari situ lah kami bertukar2 no fon. hehe mcm x caye je kan..mmg saat tu aku rsa aku lah insan yang sngat bhgia skali dlm dunia ni. abg adam seorang yang sngat penyayang. tak pernah sekali pun dia marah kat aku malah dia sentiasa akan buat aku ktwa je. kalau aku sedih ke atau ada mslah dia la insan yang bnyk memberi semngat padaku. hehe kalau ingat pbalik sngat tu sungguh bhgia skali. smoga hubunganku dan abg adam berkekalan selamanya.. amin..

Tuesday, 11 November 2014

Semuanya Bermula Di Sini..

Assalammualaikum.. 20.4.1992 jam 2.36 pm, aku di lahirkan di dalam keluarga.. Aku merupakan anak ke tiga di dalam keluargaku. Menetap di kuantan, aku di besarkan dengan limpahan kasih sayang. Hidupku sungguh bahagia. Didikan di beri dengan sempurna. Sejak kecil lagi setiap hari sabtu dan ahad aku di hantar ke rumah nenekku di Bukit Sekilau. Jarak perjalanan dari rumahku ke rumah tok tidaklah jauh mana lebih kurang 45init perjalanan. Di sana aku di ajar mengaji oleh tok. dari tidak mengenal apa-apa sehinggalah aku mengenal apa itu Al-Quran. Sungguh tok mengajarku dengan baik sekali. Sehinggalah usia ku 6 tahun, aku di hantar oleh abah ke Pra-sekolah. Di sana banyak mengajar ku erti sebuah persahabatan, tolong-menolong, kasih sayang. Aku kenal siapa itu cikgu. Selama setahun aku sekolah di sana hingga la sampai saat pada hari anugerah, untuk kali pertama aku telah di suruh oleh cikgu ku Cikgu Hajar untuk membaca surah Al-Fatihah di hadapan khalayak ramai. sungguh aku malu pada saat itu sehinggakan aku menyuruh mak untuk tidak melihatku tapi aku tau mak tengok juga aku pada saat itu cuma dia berada di belakang. aku tak tahu apa perasaan mak saat tu pada saat melihat aku mengaji. Tapi aku sangat bangga sebab dalam ramai-ramai kawanku aku yang dipilih oleh cikgu untuk mengaji di hadapan.

Pada umurku 7tahun aku di hantar pula ke sekolah rendah di sk wira. Sekolah di mana aku menempuh zaman persekolahan dari darjah 1 sehinggalah darjah 6. Banyak kisah suka dan dukaku di sana. Haish..kat situ juga la aku berkenalan dengan sorg budak ni nama dia Raja. Nakal budaknya suka sangat usik aku tapi dalam diam aku suka kat dia hehe. Gatal juga aku ni. Pendam je la perasaan ni sampai darjah 4. Masa tu Raja pindah sekolah ke Perak. Memang sedih la tapi tu semua kan cinta monyet je. Cinta budak sekolah hehe. Lepas dia pindah aku sekolah macam biasa je dan Alhamdulillah aku berjaya menamatkan persekolahan sekolah rendahku.hehe

Tahun 2005 tahun aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Bermula dari tingkatan 1 aku mengenal apa itu erti susah dan payah. Aku cuba sedaya upaya utuk menuntut ilmu kerana aku fikir keluargaku bukanlah dari kalangan orang yang senang suka atau tak aku mesti juga tempuhinya sehingga la aku berjaya.

Kini sudah tahun 2014. Alhamdulillah aku sudah berjaya menamatkan zaman universiti. Memang aku bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku berjaya seperti orang lain. Aku harap adik-adikku akan mengikut jejak lagkahku untuk ke universiti juga. InsyaAllah Amin...